Saturday 22 October 2016

Kuliah 3

Kesantunan yang merentasi budaya dalam masyarakat Cina, Melayu, India

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.

Dengan ini, konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaan. Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini. Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun nilai itu dianggap tidak santun dalam kalangan masyarakat B. Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing.

   Budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu buddayah , yang merupakan jamak kepada berkataan budhi (budi perkerti atau akal) . Dalam pengertian yang luas pula budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia . Dalam bahasa Inggeris , kebudayaan disebut sebgai culture iaitu berasal daripada perkaataan latin , colore yang bermaksud mengerjakan.

Kebudayaan dan kesantunan mempunyai hubungan yang sangat erat . Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang meliputi aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada secara verbal ataupun nonverbal . Budaya sesuatu masyarakat akan dipandang tinggi atau rendah bergantung kepada nilai kesantunan yang diamalkan.


Konsep kesantunan merentasi budaya

Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja malahan merentas budaya yang pelbagai. Proses berkomunikasi melibatkan pelbagai budaya, oleh itu kesantunan harus diberikan penekanan. Kita perlu mempunyai pemahaman tentang kesantunan dalam pelbagai budaya apabila dalam proses komunikasi yang melibatkan peibagai budaya.

Komunikasi silang budaya
1.  Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Ia berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.

2.  Komunikasi silang budaya juga ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.


3.  Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.

4.  Segala komunikasi akan lebih toleransi, lancar serta mencapai matlamat yang maksimun sekiranya nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.

5. Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat kerana budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.

6.  Cara kita berkomunikasi serta bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.

7. Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.

      Contoh:

1.    Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Namun bagi masyarakat timur ia merupakan sesuatu yang tidak sopan.

2.    Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.


3.    Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik. Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, perpaduan akan dicapai melalui kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kesantunan sangat penting untuk menjadi keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Namun, terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya. Dengan ini, adalah sangat penting untuk setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.

1.    Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu

a.    Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
b.    Memberi salam apabila bersua.
c.    Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
d.    Kata sapaan, kata gelaran, panggilan digunakan.
e.    Bersalam dan bertanya khabar dengan orang lain.
f.     Melayan tetamu dengan ikhlas.
g.    Menghormati orang tua dan lain-lain.


2.    Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina

a.    Tunduk ketika memberi salam.
b.    Orang tua dijemput makan dahulu.
c.    Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dahulu sebelum bermula makan.
d.    Tidak dibenarkan memakai topi di dalam tokong.
e.    Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

3.    Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India

a.    Duduk bersila semasa makan.
b.    Tidak membazirkan makanan.
c.    Senyap semasa bersembahyang.
d.    Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
e.    Mematuhi adat resam.
f.     Salam orang yang lebih tua.


Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

1.    Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum

2.    Jadi seorang guru mestilah sentiasa  mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:
a.    kesantunan berpakaian

→ Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

b.    Kesantunan tingkah laku

→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik

c.    Kesantunan berkomunikasi

→Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.
→ Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika berkomunikasi.
→ Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang  sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
 →Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun muridmenunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. 
→ Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya






No comments:

Post a Comment