Tuesday 10 January 2017

Kuliah 1

6.0 KEUTUHAN WACANA



1) Hubungan Dari Segi Semantik.
Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
 Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
 * Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :
 * Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :
 * Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.
Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
 * Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :
 A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :
 Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.


2) Hubungan Aspek Leksikal
         1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa kata dalam sesuatu wacana.
         2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek :
(a) Sinonim
Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .
Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim
Perkataan yang berlawanan maksud .
Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting ialah hati budinya.
(c) Hiponim
Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan
lain .
Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang dimilkinya.
(d) Pengulangan kata yang sama
Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .
(e) Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain .
Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.
(f) Unsur bersambut
Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak
pembangkang membidas hujah tersebut.

       

4. Hubungan Aspek Fonologi
Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.
Contohnya hubungan antara ayat penyata,
“ Dia sudah pergi ? ”
Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.
Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.
Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.