Saturday 22 October 2016

Kuliah 1

Nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Cina antaranya ialah:
a.    Makan menggunakan penyepit (chopstik),
b.    Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan,
c.    Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan,
d.    Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa,
e.    Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan,
f.     Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
g.    Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
h.    Hormat-menghormati,
i.      Menundukkan badan semasa memberi salam,
j.      Tidak membuat bising semasa bersembahyang,
k.    Melayan tetamu dengan baik,
l.      Pemurah,
m.   Menolong orang susah.



Etnik dalam masyarakat cina di Malaysia:
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina :
Angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Mengikut kepercayaan cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru itu.

Sebelum masuk tahun baru masyarakat cina akan buang segala barang lama tua bukan sahaja fizikal tetapi dari segi fikiran apa fikiran dan pengalaman lama yang tidak baik sakit hati membawa tuah kurang baik akan dibuang dalam hari itu.
Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.

Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai simbolik permulaan tahun baru.

Selalunya pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat kerana ia dipercayai membawa malang.

Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai warna hitam atau putih yang merupakan warna berkabung.

Sementara itu, jumlah angpau yang diberikan pula mesti berangka genap.
Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Kalau ada orang bagi RM6 perlulah diberikan 1 keping RM5 dan 1 keping RM1. Bilangannya mesti genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Biasanya kita akan elak beri angpau yang bernombor ganjil.

Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah.
Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.

Namun terdapat segelintir yang juga memberikan buah epal sebagai simbolik kesihatan yang lebih baik.
Sekarang ramai juga orang yang bagi epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik." 

Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

No comments:

Post a Comment